Monday, March 26, 2012

PERASMIAN PROGRAM KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK 2012 DENGAN KERJASAMA DBKL & LUAS

Tarikh : 26 Mac 2012
Tempat : Dataran Bendera
Masa : 7.30 - 8.30 Pagi
Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak adalah kelangsungan kepada Program Alam Sekitar yang menjadi ETOS SMSS yang bertemakan MELESTARI SUMBER ALAM. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Hayati Bt Abdullah, Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tujuan program ini adalah untuk menanam sikap prihatin warga SMSS dan komuniti tentang kepentingan mengamalkan kitar semula dalam kehidupan bagi menjaga alam sekitar sekeliling. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu jemputan dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Tetamu-tetamu jemputan

Suasana di SMSS sepanjang perasmian program ini

Ucapan Tuan Pengetua

Ucapan Perasmian oleh Dr Hayati Bt Abdullah
Gimik Perasmian Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak

Penyampaian Cenderahati
Pihak sekolah amat mengalu-alukan semua ahli PIBG, ALUMNI, warga SMSS serta komuniti setempat agar dapat menyumbangkan minyak masak terpakai ke lokasi PUSAT PENGUMPULAN KITAR SEMULA SM SAINS SELANGOR.

Posted by : Siti Hajarahani
Photographer : Muzaffar & Puteri Batrisya

No comments: